KAMPUNG HUTAN BULOH - PROFIL

1.  Pengenalan

     Profil ringkas ini disediakan untuk tujuan memberikan maklumat asas tentang penjelasan lanjut mengenai beberapa perkara berkaitan dengan Komunit Bestari kampong Hutan Buloh, Melor, Kota Bharu, Kelantan.

2.    Perihal Kampung       

       Asal usul nama kampung Hutan Buloh adalah diambil sempena banyaknya pokok-pokok buluh yang tumbuh liar di kampung ini pada suatu masa dahulu. Di bawah menunjukkan ringkasan maklumat mengenai kampung Hutan Buloh:

 Nama        :                Kampung Hutan Buloh

 Mukim      :                Melor

 Daerah     :                 Peringat  

 Jajahan    :                 Kota Bharu

 Luas         :                 0.75 KM persegi

Tapak perkampungan terletak dalam kawasan pembangunan kedua Rancangan Struktur Majlis Daerah Kota Bharu dan dizonkan sebagai kawasan pembangunan masa depan. Kedudukan kampung ini adalah:

3.     Sistem Sirkulasi dan Aksesibiliti

       Pada masa ini Kampung Hutan Buloh boleh dihubungi dari jalan utama Kota Bharu - Pasir Puteh dan jalan Melor - Gunong. Amnya aksesibiliti ke kampung adalah memuaskan. Keseluruhan jalan adalah berturap dan membentuk hieraki jalan yang baik menghubungkan kampung dengan jiran-jiran yang berdekatan.

4    Gunatanah Semasa

      Pada amnya kawasan kampung merupakan kawasan pertanian (dusun macam-macam) dan rumah kediaman. Perubahan  pesat gunatanah bagi kawasan bersebelahan kampung kepada gunatanah yang lebih baik (kediaman) juga telah mempengaruhi pembangunan kampung ini.

5.  Keadaan Fizikal

      Kampung  Hutan Buloh mempunyai bentuk muka bumi yang agak rata dan tinggi serta bebas dari ancaman banjir. Terdapat sistem perparitan di sebelah barat kampung dan binaan taliair KADA untuk kemudahan saluran air bagi tujuan pertanian.

  6.   Penduduk / Kegiatan Ekonomi

        Komposisi penduduk adalah 100% Melayu beragama Islam bermazhab As-Syafie.

      6.1     Jumlah bilangan rumah adalah 73 buah.

      6.2     Jumlah bilangan isi rumah:

                 6.2.1        Lelaki dan perempuan                                        :                371 orang

                 6.2.2        Lelaki sahaja                                                        :                182 orang

                 6.2.3        Perempuan sahaja                                               :                189 orang

      6.3     Bilangan isi rumah mengikut umur:

UMUR 

LELAKI 

PEREMPUAN 

 18 tahun ke bawah

 79

 74 

 19-45 tahun

 56

 68

 46-60 tahun

 35

 34

 61 tahun ke atas

 12

 13

   

    6.4       Pecahan gunatenaga penduduk Kampung Hutan Buloh:

                 A)  Pekerja kerajaan                                                                   :                17 orang

                 B)  Berniaga                                                                                :                  8 orang

                 C)  Bekerja sendiri                                                                      :                13 orang

                 D)  Petani                                                                                     :                14 orang

                 E)  Lain-lain                                                                                 :                 21 orang

                 Disamping pekerjaan tetap seperti mana yang telah disebutkan, penduduk kampung ini juga menjalankan kerja-kerja persendirian seperti berniaga kecil-kecilan dengan melibatkan diri dengan industri kampung seperti perusahaan cendol dan melakukan perkhidmatan urutan tradisional.

                Terdapat juga sebuah bengkel mengetuk body dan mengecat kenderaan yang diusahakan oleh penduduk tempatan disamping sebuah bengkel membaiki kenderaan di kampung ini.

7.   Aktiviti Ternakan

      Kebanyakan penduduk kampung menjalankan ternakan sara diri seperti memelihara ternakan ayam, itik, kambing, biri-biri dan sejumlah kecil lembu. Terdapat seorang pengusaha kambing biri-biri yang memelihara sebanyak 20 ekor sebagai kerja sambilan disamping kerja tetap sebagai tukang kebun..

8.   Pelaburan     

 

      Seramai 32 orang penduduk kampung telah melabur dalam skim ASB yang mana jumlah saham terkumpul adalah berjumlah RM222,000.

9.   Aktiviti Pertanian

      Aktiviti pertanian juga adalah untuk sara diri di mana faktor tanah yang terhad menghalang aktiviti dijalankan secara komersil. Antara tanaman yang boleh diperolehi di kampung ini adalah tanaman kelapa, durian, dokong dan juga tanaman getah (tanaman semula di bawah skim RISDA).

10.   Pendidikan  

        Statistik semasa taraf pendidikan anak-anak penduduk kampong adalah seperti berikut:

  

TAHAP PENDIDIKAN 

BILANGAN 

 IPTA/IPTS

   16 orang

 Sekolah Menengah dan Rendah

 103 orang

         Umumnya rata-rata penduduk kampung adalah celik huruf dan menuju ke arah masyarakat yang celik IT. Jumlah pemilikan komputer  penduduk adalah sebanyak 14 buah rumah, iaitu merangkumi 14% daripada jumlah penduduk.

 

        Peningkatan jumlah anak-anak yang memasuki pusat pengajian tinggi tempatan dari setahun ke setahun adalah menunjukkan bahawa kesedaran tentang ilmu pengetahuan adalah tinggi di dalam masyarakat di kampung ini.

11.   Kesihatan

        Hampir keseluruhan penduduk kampung memperolehi sumber air bersih dari sumber bawah tanah ( perigi ) dan telaga tiub yang disambungkan melalui paip pvc ke rumah masing-masing menggunakan kaedah pam. Bekalan air ini dimasak terlebih dahulu untuk memastikan ianya selamat untuk diminum.

        Sistem pembentungan adalah menggunakan tandas curah dan individual septic tank bagi mengalirkan najis. Sistem air limbah menggunakan takungan konkrit dibina di rumah penduduk kampung bagi mengelakkan air melimpah. Rekod semasa menunjukkan masalah penyakit berjangkit seperti taun, kepialu dan demam denggi  tidak berlaku di kampung ini.

         Pelupusan sampah / sisa-sisa domestik dilakukan secara sempurna samada secara menanam ataupun membakar secara terkawal.

12.     Sosial

         Penduduk kampung ini masih tebal dengan budaya timur (budaya Melayu) dengan mengamalkan nilai-nilai murni kemelayuan seperti amalan bergotong-royong samada semasa majlis keramaian atau kematian. Kerja-kerja sukarela seperti membersihkan tanah perkuburan, laluan air, keselamatan kampung dan sedekah jariah adalah menjadi amalan biasa penduduk kampung ini. Fahaman politik yang berbeza tidak menghalang penduduk kampung memainkan peranan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

            Ekoran dari itu, beberapa aktiviti kemasyarakatan di bawah seliaan badan kerajaan dan juga NGO seperti K3P anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Pusat Rukun Tetangga dan JKKK diadakan di kampung ini.

             Aktiviti seni seperti kumpulan Rebana / kertok diwujudkan di kampung ini agar kesinambungan bahan-bahan seni ini tidak pupus ditelan zaman.

13.    Agama / Kerohanian

          Di kampung ini terdapat dua buah madrasah yang membolehkan penduduk-penduduk berkumpul bersama-sama mengerjakan ibadah solat lima kali sehari. Aktiviti-aktiviti memakmurkan masjid turut diadakan termasuk kelas pengajian al-Quran dan ceramah-ceramah agama.

14.    Kemudahan Awam dan Infrastruktur

         Kedudukan kampung di kawasan pembangunan mendekatkannya dengan pelbagai jenis kemudahan awam dan asas. Bekalan elektrik dan telekomunikasi sedia ada yang baik di kawasan kampung menjadi pemangkin kepada pembangunan semasa. Rata-rata penduduk kampung mempunyai telefon rumah sendiri yang boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja. Institusi pendidikan seperti sekolah yang berada dalam lingkungan kampung memudahkan anak-anak untuk ke sekolah. Kemudahan asas yang disediakan oleh pihak sekolah seperti padang permainan telah dimanafaatkan oleh penduduk sekitar untuk beriadah. Di samping itu terdapat gelanggang badminton yang disediakan oleh penduduk kampung sendiri bagi tujuan memajukan sukan berkenaan.

15.   Perkhidmatan yang ditawarkan

        Kampung ini juga mempunyai kemudahan sewa peralatan seperti khemah (canopy), kerusi, meja, dan alatan buffet untuk disewakan dengan harga yang berpatutan bagi menampung tabung ekonomi kampung.

        Selain daripada itu, masyarakat kampung juga boleh meminjam alatan pertanian seperti pam racun, mesin pemotong rumput dan pam sedut air yang disediakan untuk kegunaan masing-masing.

16.    Rumusan

         Berdasarkan kepada situasi semasa dan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang,  AJK K3P telah merangka pelan perancangan jangka panjang dan jangka pendek  untuk memajukan kampung dengan pelbagai aktiviti termasuklah :

         Komitmen dan penglibatan penduduk kampung yang sentiasa tinggi dalam setiap aktiviti yang dirancangkan bakal merubah kedudukan kampung ini sesuai dengan matlamat kerajaan melahirkan masyarakat yang maju dan berwawasan.

 

 Gambar-gambar kampung:

                                                                                                                                                    Taman Tg. Ahmad Rithaudeen

 

                                                                                                                                             Rumah kampung

                                                                                                                                      Rumah kampung

 

                                                                                                                                             Rumah kampung

 

                                                                                                                                                Masjid Melor

 

                                                                                                                                                   Pasartani Melor