KELAB IT HUTAN BULOH

Pengenalan                                                                                               

Kelab IT Hutan Buloh ditubuhkan pada 28hb November 2007 dengan kerjasama Yayasan Salam Malaysia. Ia bertujuan untuk memenuhi dua matlamat utama iaitu:

Silibus

Untuk itu kami telah memberi latihan komputer dengan menggunakan silibus yang dijalinkan antara Yayasan Salam Malaysia dengan syarikat Microsoft, iaitu Microsoft Unlimited PotentialGo to fullsize image. Dengan silibus ini kami harap pelajar-pelajar kami akan mendapat pelajaran yang bertaraf dunia dan diiktiraf antarabangsa, walaupun diajar di sebuah kampung! 

Peralatan

Kelab ini setakat ini dilengkapi dengan 15 buah komputer, kamera digital, video kamera, webcam, speaker, mikrofon, projektor dan sistem PA.    

Aktiviti dan Perkhidmatan

Kursus-kursus Komputer yang ditawarkan

1. Asas

> Pengenalan Komputer

> Pengenalan Perkakasan Komputer

> Sistem Operasi Windows 7

> Microsoft Word 2010

> Microsoft Excel 2010

> Microsoft PowerPoint 2010

 

2. Pertengahan

> Internet

> E-mail

> Publisher 2010

> Membuat Website

 

3. Lanjutan

> Penggunaan Muzik (Windows Media Player)

> Digital Photography

> Membuat Digital Video (Windows Movie Maker)

> Membaikpulih Komputer

Setiap kursus memakan masa 3 bulan atau 48 jam. Setiap kelas yang biasa ialah 2 kali seminggu selama 2 jam sehari. Untuk kursus yang lebih intensif, bolehlah datang ke pejabat. 

Tenaga Pengajar

Ada dua tenaga pengajar yang mendapat pendidikan luar negara dan mempunyai pengalaman luas memberikan perkhidmatan mereka di Kelab IT:

Nama: Mohamad Sofian  Ismail

Bidang: Bsc Computer Science

Universiti: SUNY at New Paltz, USA


Nama: Zainuri Yusoff

Bidang: Dip in Accounting

Universiti: Emily Wolf London

 

Sijil

Sijil-sijil adalah adalah dikeluarkan oleh Yayasan Salam Malaysia kepada pelajar-pelajar yang lulus dalam pengajian (50% markah minimum). Contoh sijil adalah seperti di bawah:

 

 

 

 

 

Waktu Pejabat

Jumaat & Sabtu : 8.00 pg - 6.00 ptg

Selasa & Rabu : 2.00 ptg - 6.00 ptg

Khamis : 12.00 tgh - 6.00 ptg